PAS Pusat perlu kuat kuasa mekanisme tatatertib pemimpinnya

KANGAR – Pimpinan PAS pusat seharusnya menguatkuasakan mekanisme tatatertib dan tatalaku semua pemimpin PAS supaya parti tersebut dianggap bersih.

Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Ts. Dr. Syed Agil Alsagoff berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pemimpin yang terbukti bersalah di mahkamah.

“Parti harus memperkemaskan tatakelola pengurusan untuk memastikan relevansi dan integriti dalam kalangan ahli serta anggota pakatan.

“PAS juga harus mempersiapkan siasatan menyeluruh yang adil kepada pemimpin yang dituduh melakukan jenayah atau mempunyai isu moral bagi mengelakkan ancaman ketidakcekapan pengurusan dan masalah anarki yang boleh mencacatkan imej parti.

“Parti perlu menunjukkan kesungguhan dalam mempertahankan prinsip integriti dan amanah serta memastikan bahawa calon yang dipilih untuk memegang jawatan penting adalah benar-benar mematuhi prinsip kepimpinan Islam,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Beliau berkata demikian ketika diminta memgulas kenyataan pembahas dari Perlis ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-70 di Temerloh, Pahang.

Terdahulu, perwakilan PAS dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon, mempersoalkan kesungguhan parti dalam mempertahankan integriti berikutan isu yang melibatkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dan anaknya, Mohd Syafeeq, yang dikaitkan dengan salah guna kuasa.

Beliau menyatakan kekhuatiran mengenai kurangnya laporan atau tindakan dari Badan Perhubungan PAS negeri dan pusat mengenai skandal tersebut.

Mohd Saifizi turut menyeru agar PAS lebih berhati-hati dalam memilih calon menteri besar dan exco kerajaan negeri untuk memastikan mereka memegang prinsip kepimpinan Islam yang sebenar.

Beliau juga mengkritik tindakan mempertahankan pemimpin yang menunjukkan sikap tidak sesuai dengan prinsip kepimpinan Islam, seperti berkaraoke dan bersalaman dengan wanita.

“Pimpinan PAS perlu diukur bukan hanya berdasarkan kedudukan politik, tetapi juga berdasarkan amanah dan kebijaksanaan mereka,” tegasnya.

Beliau menegaskan perlunya pemimpin yang berpegang kepada nilai siddiq, amanah, tabligh, dan fatanah, agar PAS terus berpegang kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Rasulullah SAW.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James