Pas parti sloganis, sesuai jadi semak dan imbang saja – Puad

PAS hanya sesuai menjadi parti semak dan imbang sahaja, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi yang turut melabel Pas sebagai parti sloganis.

“Pas parti sloganis. Antara slogan Pas ialah “membangun bersama Islam” dan “Islam memimpin”. Tetapi Pas gagal membuktikannya walaupun ia memerintah Kelantan begitu lama.

“Alasan Pas ialah ia dihalang oleh Kerajaan Pusat. Pas pernah duduk dalam Kerajaan Pusat semasa dalam Perikatan Nasional (PN). Itu pun Pas gagal bukti apa apa melalui jawatan menteri yang mereka pegang,” dakwa Speaker DUN Johor itu lagi.

Justeru Puad membangkit persoalan “bolehkah Pas kembali dalam Kerajaan Pusat supaya mereka dapat peluang kedua?

“Tidak mustahil. Tapi melihat cara Pas berpolitik ia amat sukar.

“Pas bergabung dengan parti Melayu yang bergantung kepada kekuatan Pas sendiri. Bersatu makin malap. Ia gagal mengganti UMNO. Pas perlu sokongan bukan Melayu. Sedangkan Gerakan hanya parti nyamuk.

“Justeru sampai bila Pas menjadi parti sloganis? Pas kata “Bukan budaya Pas cakap kasar, sakitkan hati jika tak setuju”. Tetapi pemimpin Pas suka keluar kata kesat seperti bodoh, dajal dan syaitan bisu. MB Selangor dihina “tidak cukup inci”.

“Lebih baik Pas kekal sebagai parti “semak dan imbang” sahaja,” kata Puad.

Related Posts

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

KOTA KINABALU – UMNO bersedia menerima mana-mana pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin atau dipecat oleh parti asal mereka untuk kembali menyertai parti itu, tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Anti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akui khilaf, Nik Zawawi mohon maaf atas kenyataan kontroversi sahabat Nabi

KUALA LUMPUR – Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, hari ini memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan kontroversi yang dikaitkan dengan sahabat Nabi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu