Pas kehabisan modal, himpunan Turun Anwar 2.0 hanya pertunjukan politik tanpa arah

TINDAKAN Pas mengadakan himpunan Turun Anwar 2.0 disifatkan sebagai petunjuk jelas bahawa parti itu semakin kehabisan modal politik dan hilang arah perjuangan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Pas kini menjaja fitnah kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai ‘perjanjian jual negara’, sedangkan jelas mereka tidak memahami isi sebenar perjanjian berkenaan.

“Bila tak mampu berhujah, mereka pilih jalan bising. Inilah penyakit lama Pas iaitu kalau bukan ceramah atas tikar sejadah, semua benda dikira ancaman akidah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz, ART bukanlah perjanjian yang menggadai kedaulatan negara, sebaliknya membuka peluang pelaburan, pemindahan teknologi dan pekerjaan kepada rakyat.

“Dunia sedang bergerak ke depan, tapi Pas masih sibuk ukur panjang jubah. Bila rakyat naik taraf hidup, mereka tuduh terpengaruh Barat.

“Bila kerajaan buka pintu kemajuan, mereka kata jual negara. Apa-apa yang ada unsur ‘naik’ memang jadi musuh Pas iaitu termasuk kemajuan, pemikiran dan tren ART,” ujarnya sinis.

Mahfuz turut menyindir bahawa himpunan Turun Anwar 2.0 hanyalah usaha untuk menghidupkan semangat penyokong yang semakin longlai.

“Himpunan itu bukan perjuangan rakyat, tapi terapi politik untuk puak yang kehilangan hala tuju.

“Mereka sebenarnya sudah lama ‘turun’, cuma tak sedar diri belum ‘naik’ semula,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan hari ini kekal komited mempertahankan maruah dan kedaulatan negara melalui pendekatan diplomasi matang serta berprinsip dalam hubungan antarabangsa.

“Malaysia bukan tunduk kepada Amerika, sebaliknya berdiri sama tinggi sebagai rakan strategik dalam dunia yang saling bergantung.

“Inilah semangat Malaysia MADANI iaitu berpaut pada kekuatan sendiri tanpa menutup pintu kepada kerjasama global yang membawa manfaat kepada rakyat,” jelas beliau.

Mengakhiri kenyataan, Mahfuz secara sinis mencadangkan agar Pas mencipta versi baharu ART khas untuk diri mereka sendiri — “Aku, Riuh, Tepi longkang.”

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat