Parkir Lorong Inanam 3, ditutup sementara sempena Krismas

INANAM – Tempat letak kereta Lorong Inanam Tiga ditutup sementara bermula 3 hingga 9 Disember ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi notis pemaklumannya di laman Facebook berkata, penutupan berkenaan akan dibuat bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Perayaan Krismas, Pekan Inanam.

“Bermula pukul 1 pagi esok keseluruhan lot parkir akan ditutup bagi persiapan dan pemasangan khemah hingga 5 Disember.

“Manakala pada 6 hingga 8 Disember kawasan berkenaan akan ditutup bagi sambutan acara perayaan sebenar dan dibuka semula selepas 9 Disember pada pukul 1 pagi.

“DBKK menasihatkan orang ramai untuk memenuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya dalam notis itu pada Isnin.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari akaun Facebook @dewanbandarayakkofficial, YouTube DBKKOFFICIALTVonline, dbkkofficialtiktok atau menghubungi DBKK di talian 012-2220220.

Related Posts

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

SEPANGGAR – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) berjaya menarik lebih 3,000 orang menghadiri wacana ilmu bertajuk ‘Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera’ di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?