Pan Gon lihat Indonesia bangkit sebagai kuasa baharu serantau

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon meramalkan Indonesia akan muncul sebagai kuasa besar di rantau ini dalam masa terdekat selepas Garuda mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 buat kali pertama semalam.

Pan Gon berkata beliau dapat melihat Indonesia berusaha keras untuk mencapai kejayaan itu sambil menekankan bahawa keperluan Malaysia meningkatkan usaha untuk menyahut cabaran tersebut.

“Bagi saya, Indonesia akan menjadi pasukan utama di sekitar sini tidak lama lagi, mereka berusaha keras tetapi kita mesti mencabar,” katanya pada sidang media selepas Malaysia menewaskan Taiwan 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, di sini malam tadi.

Indonesia mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Filipina 2-0 di Jakarta semalam, sekali gus muncul naib juara Kumpulan F pada kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Indonesia, di bawah bimbingan jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun, Shin Tae-Yong, turut menempah slot awal Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Antara usaha Indonesia daripada perspektif Pan Gon ialah tindakan rakan senegaranya itu mengambil inisiatif melakukan ‘scounting’ di Eropah untuk mencari pemain berdarah kacukan yang beraksi bersama kelab di sana.

Bagaimanapun, Pan Gon, 55, berkata bahawa bagi beliau, pembangunan bakat tempatan bagi melahirkan pemain terbaik harus menjadi keutamaan sebelum meneroka usaha tambahan.

Malaysia menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan D dengan 10 mata di belakang Oman selaku juara dengan 13 mata dan Kyrgyzstan sebagai naib juara dengan 11 mata dan Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Juara dan naib juara kumpulan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan slot automatik ke PIala Asia 2027.

Kegagalan skuad negara meraih slot automatik ke Piala Asia 2027 menyaksikan mereka perlu mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung bermula Mac tahun depan. – Bernama

Related Posts

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

KUCHING – Persatuan Hoki Kuching (KHA) melantik Desmond Labung sebagai presiden baharu bagi penggal 2026 hingga 2028. Beliau menggantikan Elis Mat yang telah memegang jawatan tersebut sejak tahun 2020. Desmond…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolverhampton, Newcastle sama handal

PASUKAN bawahan liga, Wolverhampton Wanderers mencacatkan tiga kemenangan berturut-turut Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris apabila seri 0-0 awal pagi tadi. Tuan rumah tidak tewas dalam lima aksi terakhir termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028