Pahang sasar buka 420 kelas pra tahfiz

KUANTAN – Pahang menyasarkan sebanyak 420 kelas tabika di bawah Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibuka pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sasaran itu dibuat sebagai usaha awal melahirkan lebih ramai hufaz cilik di negeri ini.

“Kita sasar 420 lagi kelas Tabika Pra Tahfiz dengan melibatkan 6,300 kanak-kanak mengikuti kelas itu.

“Malah, kita juga mengharapkan pencapaian 60 peratus kanak-kanak yang belajar di pra tahfiz dapat menguasai sekurang-kurangnya 20 suruh pilihan termasuk Juz Amma,” katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Sebelum itu, Syed Ibrahim melancarkan satu modul baharu diperkenalkan kepada Tabika Kemas Pahang yang melibatkan seramai 420 guru dari 14 Parlimen di Pahang.

Beliau memberitahu, guru Tabika Kemas Pahang akan dibekalkan dengan modul tahfiz yang diguna pakai oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Related Posts

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

ROMPIN – Kerajaan Pahang akan terus mempergiat usaha membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Kemungkinan tiada PRN Negeri Sembilan namun terpulang kepada Tuanku Muhriz

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Langkah drastik BN Negeri Sembilan makan diri, rakyat tolak politik tidak stabil

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Lebih banyak projek rumah mampu milik dirancang kerajaan Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Wan Rosdy optimis BN kekal jadi pilihan utama rakyat Pahang

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Inisiatif MADANI bantu rakyat hadapi lonjakan kos susulan krisis Asia Barat

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu

Kandungan hina Sultan Selangor: MCMC ambil keterangan individu