Pahang ganti paip usang 573.1 km

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan melaksanakan kerja penggantian paip usang sepanjang 573.1 kilometer (km) di seluruh negeri bagi mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) daripada 47.5 peratus kepada 39.5 peratus.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan berskala besar itu dilaksanakan secara berfasa sehingga 2030, bagi menangani kebocoran yang selama ini menjadi antara penyumbang utama kehilangan air terawat.

Menurutnya, beberapa strategi lain turut dilaksanakan termasuk pembinaan District Metering Area (DMA) dan Pressure Management Area (PMA) bagi membantu mengesan kebocoran dengan lebih efisien.

“Kerajaan negeri melalui PAIP sentiasa menitik berat usaha dan fokus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air di Pahang.

“Jumlah 526 DMA dibangunkan merangkumi semua daerah utama termasuk Kuantan (110), Bera (62), Jerantut (52), Lipis (51), Temerloh dan Maran (46 setiap satu), Cameron Highlands (40), serta Pekan, Raub dan Bentong (22–24 setiap satu).

“Keseluruhan projek menelan kos RM105.2 juta, dijangka menjimatkan 45.4 juta liter air sehari, dengan potensi pengurangan NRW sekitar 3.5 peratus,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Su Keong Siong (DAP-Ketari) mengenai sasaran pengurangan NRW pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Wan Rosdy memberitahu, penukaran paip-paip usang itu membabitkan daerah Lipis sepanjang 131 km, Kuantan (95.5 km), Jerantut (73 km), Raub (65.7 km), Rompin (46.2 km) dan Maran (42.5 km).

“Penukaran paip di Pekan sepanjang 34.5 km, Bentong (31 km), Temerloh (30 km), Bera (23 km) dan Cameron Highlands (0.7 km),” katanya.

Related Posts

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

MATUNGGONG – Seramai 108 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di kawasan Matunggong menerima insentif penghargaan, sekali gus mencerminkan peningkatan prestasi akademik yang konsisten dalam kalangan pelajar luar bandar.‎‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

DUNGUN – Program Ziarah Shifa (Cakna Ihsan) Sejahtera MADANI di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Terengganu terus memperkukuh agenda kebajikan apabila menyantuni seorang pesakit strok, Norazeta Mohammed Abdul Kadir,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera