Pahang catat pelaburan direalisasi tertinggi di Pantai Timur

KUANTAN – Pahang mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion sehingga Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu mengatasi rekod di negeri-negeri lain seperti Terengganu (RM1.3 bilion) dan Kelantan (RM1.1 bilion).

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat dan usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur serta para pemain industri dan komuniti pelabur.

“Pelaburan ini memperkukuh kedudukan ekonomi negeri, terutamanya dalam sektor strategik seperti pembuatan, minyak dan gas serta pelancongan, yang terus berkembang sebagai pemacu utama pertumbuhan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pahang juga merekodkan pelaburan komited bernilai RM3.5 bilion, sekali gus menggambarkan keyakinan tinggi pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan iklim pelaburan di negeri ini.

Dalam masa yang sama, Wan Rosdy memaklumkan, Pahang merekodkan jangkaan nilai pelaburan baharu berimpak tinggi sebanyak RM38.4 bilion.

“Dari sudut prestasi ekonomi pula, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang bagi tahun 2024 mencatat pertumbuhan 5.7 peratus, mengatasi purata nasional iaitu 5.1 peratus dengan nilai RM68.7 bilion, terbaik di Pantai Timur.

“Malah sejak tahun 2018, KDNK negeri ini mencatat peningkatan sebanyak 23 peratus, bersamaan nilai kira-kira RM13 bilion, suatu refleksi kepada pelaksanaan dasar pembangunan strategik, mampan dan menyeluruh,” katanya.

Wan Rosdy menjelaskan, kerajaan negeri akan terus memperkasakan inisiatif pemudahcara pelaburan, mempercepat pelaksanaan projek strategik serta memperkukuh jaringan infrastruktur sokongan di seluruh negeri.

“Segala pencapaian ini adalah cerminan pelaksanaan Aspirasi Pahang 1st yang menekankan pertumbuhan ekonomi seimbang, peluang pekerjaan untuk rakyat serta agihan kemakmuran secara adil dan menyeluruh,” jelasnya.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan