OSC Khas CVIA selari agenda pemudahcaraan pelaburan nasional, PBT Padang Besar diawalkan

KANGAR – Penubuhan Pusat Sehenti Khas (One Stop Centre – OSC) Permit Pembangunan bagi kawasan Lembah Perindustrian Chuping (CVIA) dilihat selari dengan agenda nasional mempercepat pemudahcaraan pelaburan serta memperkukuh daya saing negara.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, inisiatif tersebut bertujuan memudahcara, menyelaras dan mempercepat proses kelulusan pembangunan serta pelaburan di kawasan berkenaan secara lebih cekap dan bersepadu.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan negeri mempertingkat kemudahan infrastruktur dan aksesibiliti negeri serta menyokong agenda pemudahcaraan pelaburan yang menjadi keutamaan di peringkat nasional,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Seri Pitra di sini hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan OSC Khas itu turut menyokong keputusan pewujudan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Padang Besar Interim yang dijadual bermula 1 Januari 2027.

Bagaimanapun katanya, bagi memastikan pembangunan CVIA dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan teratur, kerajaan negeri bersetuju supaya pelaksanaan PBT Padang Besar Interim Fasa 1 diawalkan melibatkan keseluruhan kawasan CVIA serta kawasan Perindustrian PIP berkuat kuasa 1 Mac 2026.

“Langkah ini diambil bagi mewujudkan persekitaran pembangunan dan pelaburan yang lebih kondusif, mesra pelabur serta berdaya saing, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri dalam landskap pelaburan negara,” katanya.

Tambah beliau, tempoh pemprosesan kelulusan dapat dikurangkan tanpa menjejaskan pematuhan terhadap undang-undang, garis panduan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

Pada peringkat permulaan, Unit OSC Khas CVIA akan diurusetiakan oleh PLANMalaysia Perlis dengan kerjasama jabatan teknikal termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri kekal komited memastikan pembangunan industri dilaksanakan secara terancang, seimbang dan mampan demi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri serta menyumbang kepada agenda pembangunan negara secara keseluruhan.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran