Orang ramai diingatkan tidak gugat kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

POLIS Kuala Lumpur mengingatkan orang ramai supaya tidak mengganggu kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung di ibu negara dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima maklumat risikan mengenai perancangan beberapa perhimpunan yang dijangka diadakan sempena sidang tersebut dan telah mengambil langkah untuk memantau serta mengurus keadaan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, pihaknya menekankan tiga perkara penting kepada warga kota, iaitu tidak mengganggu acara persidangan, tidak menghalang laluan persidangan, dan tidak mencetuskan kekacauan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Saya ingin tegaskan kepada mana-mana pihak yang terbabit cuba menganjurkan apa-apa perhimpunan berkenaan sidang kemuncak ini, untuk tidak mengganggu persidangan ini, laluan yang digunakan semasa persidangan ini dan paling penting jangan ada aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

“Polis Kuala Lumpur akan mengambil tindakan setegas-tegasnya terhadap mana-mana pihak yang cuba membuat kekecohan. Ini semua adalah perbuatan jenayah, ini jelas.

“Jadi apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti ini, kita akan tangani dan monitor (pantau) sebaik-baiknya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di ibu negara, hari ini.

Fadil berkata, keutamaan diberikan terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang sidang kemuncak berlangsung, dengan kerjasama pelbagai agensi serta masyarakat umum.

“Kita (Polis KL) bersama agensi-agensi lain akan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam menjadi keutamaan sepanjang persidangan berlangsung,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai maklumat awal berhubung perancangan mengadakan perhimpunan susulan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia, beliau mengesahkan perkara itu hasil maklumat risikan yang diperoleh pihak berkuasa.

“Akan ada beberapa perhimpunan yang dirancang hasil maklumat yang kita terima dan kita akan uruskannya dengan baik dan berurusan dengan penganjur dan kita nasihatkan kepada orang ramai yang ingin terbabit dalam perhimpunan untuk merujuk kepada arahan keselamatan seperti yang telah dijelaskan.

“Apa yang penting jangan ganggu acara sidang dan ketenteraman awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya merancang lebih awal perjalanan mereka dan mengelakkan laluan yang terlibat sepanjang tempoh persidangan bagi melancarkan pergerakan serta kawalan keselamatan.

“Gunakan laluan alternatif yang ada, susun semula aktiviti yang dirancang terutama pada hari persidangan serta gunakanlah perkhidmatan awam untuk elak kesesakan,” katanya.

Untuk memastikan kelancaran dan keselamatan sidang kemuncak tersebut, seramai 10,212 pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat.

Tugas pengawasan akan diketuai oleh Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Kontinjen Selangor, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), serta dibantu oleh kontinjen dari negeri-negeri lain.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran. Ini disebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan