Ops Tapis Khas: Sembilan lelaki ditahan, syabu RM670 dirampas

LIMBANG – Sembilan lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini bermula Ahad hingga Selasa lalu.

Dalam operasi selama tiga hari itu, polis turut merampas dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 6.70 gram yang dianggarkan bernilai RM670.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 34 penagih.

“Operasi ini dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Parum menegaskan kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan serta maklumat orang awam.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan dadah, sama ada memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti tersebut kerana ia musuh utama negara,” tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di talian 085-211466 atau hotline JSJN Sarawak di 017-5929211.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan