Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

ARAU – Sebuah Nissan GTR R35 bernilai kira-kira RM350,000 antara tujuh kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi Ops Luxury.

Kenderaan berkuasa tinggi itu ditahan di Jalan Padang Besar–Chuping kira-kira pukul 4 petang semalam selepas dikesan tidak memperbaharui cukai jalan dan insurans.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd. Nawi berkata, hasil siasatan mendapati kereta milik seorang ahli perniagaan itu mempunyai enjin 3.8 liter dengan kadar cukai jalan tahunan RM5,725.50 yang tamat sejak 17 Mei lalu.

“Pemilik kenderaan mewah perlu menjadi contoh dan tidak mengambil mudah tanggungjawab memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noraini, pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan akan diambil tanpa pengecualian terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang culas.

Beliau berkata, sejak 1 Januari lalu sebanyak 80 kenderaan telah disita termasuk tujuh kereta mewah membabitkan dua Toyota Harrier, dua BMW, sebuah Alphard, Peugeot dan Nissan GTR R35.

Kesalahan utama dikesan ialah LKM tamat tempoh, tiada insurans dan lesen memandu dengan alasan ‘lupa’ atau ‘tunggu kelulusan insurans’.

Daripada jumlah itu, 32 kenderaan ialah motosikal, 33 motokar termasuk tujuh mewah, tujuh motolori, tiga van, tiga pikap dan dua lain.

“Sebanyak 60 Notis 114 turut dikeluarkan kepada kenderaan perdagangan antara 1 hingga 5 Oktober kerana tiada slip pengesahan Speed Limitation Device (SLD),” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi menjamin keselamatan di jalan raya.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin