Operasi LRT Bukit Jalil hingga jam 1 pagi Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Waktu operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil pada Sabtu ini akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi sempena Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini berkata, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang.

Ujarnya, stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa namun para penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Semua stesen pertukaran rel turut dilanjutkan waktu operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

“Penumpang disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.

“Bagi pengguna token, digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen,” katanya.

Tambah Rapid Rail, penumpang juga disarankan untuk menggunakan fasiliti parkir Park N’ Ride yang terdapat di stesen-stesen LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) terpilih.

“Sejumlah 18,680 ruang parkir kereta tersedia bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.

“Bagi memudahkan penumpang merancang perjalanan, sila rujuk media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE bagi mendapatkan informasi terkini mengenai status perkhidmatan,” ujarnya.

Related Posts

SK Padang Kubu dinobat juara Rayyan Cup Silverpool 2025

PASUKAN hoki bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Rayyan Cup 2025 (Silverpool) setelah menewaskan SK Tengkawang, Hulu Terengganu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy puji semangat melawan Sri Pahang FC

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memuji komitmen pemain Sri Pahang FC biarpun gagal menjulang Piala Malaysia selepas tewas 2-1 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif