
SHAH ALAM — Kerajaan Negeri Selangor akan menutup operasi penternakan babi secara tradisional dalam tahun ini dan menggantikannya dengan sistem moden bagi mengatasi masalah pencemaran bau serta air.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu melibatkan 22 kawasan penternakan dengan 69 pengusaha aktif yang dikenal pasti setakat ini.
Selagi kawasan tradisional ini tidak ditutup, pencemaran akan terus berlaku. Sebab itu kerajaan negeri mahu peralihan kepada sistem moden dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini, Selasa.
Menurut Amirudin, proses penutupan akan dibuat secara berperingkat dan melalui rundingan dengan pengusaha. Kerajaan negeri tidak terlibat dalam pembiayaan atau penyediaan
“Jika ada tanah baharu, ia adalah tanah yang dibeli oleh pihak terbabit sendiri,” katanya.
Tambah beliau, setiap lokasi baharu tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi memastikan sistem kumbahan tidak menjejaskan sungai dan alam sekitar.







