Op Samseng Jalanan: Dua lelaki dicekup, 28 saman dikeluarkan

KUCHING – Dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti samseng jalanan mengundang padah apabila mereka ditahan oleh pihak polis dalam satu operasi di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 17 hingga 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurut beliau, hasil daripada tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas dua buah motosikal kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi Samseng Jalanan ini telah bermula pada jam 11.00 malam hingga 3.00 pagi yang diketuai oleh dua pegawai kanan polis bersama sembilan anggota.

“Pemantauan tertumpu di beberapa lokasi strategik termasuk Jalan Astana, Jalan Tun Abdul Rahman Yakob, Jalan Tun Salahuddin, Jalan Gersik dan Masja,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu bahawa objektif utama operasi berkenaan adalah untuk membanteras aktiviti samseng jalanan di samping memastikan pengguna jalan raya patuh kepada undang-undang lalu lintas.

Sepanjang operasi tersebut dijalankan, beliau mendedahkan bahawa seramai 21 individu dan 17 buah kenderaan telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Susulan daripada pemeriksaan itu, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 28 keping saman PDRM (K) 257 di atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” jelasnya.

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“PDRM memohon kerjasama masyarakat untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti samseng jalanan serta tidak melakukan pengubahsuaian terhadap struktur asal kenderaan masing-masing,” tegasnya.

Related Posts

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan