Nurul Izzah fokus usaha gerak kerja, perkukuh parti

JOHOR BAHRU – Selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu, Nurul Izzah Anwar menzahirkan rasa syukur dan menegaskan komitmennya demi masa depan parti.

Menurut Nurul Izzah, beliau akan sedaya upaya untuk merangkul semua usaha dalam parti demi memperkukuh perpaduan dan hala tuju perjuangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Alhamdulillah, saya akan fokus yang pertama kepada merangkul semua usaha dalam parti kita, kedua melaksana reformasi dalaman, ketiga bergerak menuju Pilihan Raya Umum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan Pemilihan PKR 2025.

Beliau turut mengajak seluruh ahli dan kepimpinan parti agar kembali bersatu, menolak perpecahan, serta menggembleng tenaga demi memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap PKR sebagai parti reformasi.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut memohon doa orang ramai atas perjalanannya ke Tanah Suci bersama suami untuk menunaikan ibadah haji.

“Saya mohon doa kerana saya dan suami akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Doakan kami nanti,” tambahnya dengan penuh rendah hati.

Pemilihan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR disambut baik oleh para penyokong dan penganalisis politik yang melihat langkah ini sebagai satu anjakan penting dalam mempersiapkan parti menghadapi cabaran politik semasa dan akan datang.

Nurul Izzah diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, hari ini.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional PKR 2025 di Johor Bahru, malam ini.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan kedua tertinggi kepimpinan parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miha optimis BN menang di Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) optimis BN akan terus menerajui Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas positif pengundi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi