Nilai ringgit kembali meningkat

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4575/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4700 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.

“Ini mungkin menarik minat pelabur untuk membeli ringgit, memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak berhasrat untuk melonggarkan dasar monetarinya tahun depan.

“Ini berbeza dengan kalangan bank pusat serantau seperti di Indonesia, Filipina, dan Thailand, yang telah mula melaksanakan kitaran pengurangan kadar faedah masing-masing tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, di peringkat luaran, keadaan kini lebih memihak kepada dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka melonggarkan dasar monetarinya secara lebih beransur-ansur pada 2025.

Mohd Afzanizam berkata, Fed kemungkinan mengekalkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) di atas paras neutral, kadar yang tidak bersifat pengembangan atau penguncupan bagi ekonomi.

“Berdasarkan unjuran terkini Fed, kadar neutral berada di sekitar 3.00 peratus. Pengurangan sebanyak 50 mata asas lagi boleh menyebabkan FFR berada pada 4.00 peratus tahun depan, yang menunjukkan dasar monetari akan kekal ketat.

“Berdasarkan ini, pasangan ringgit-dolar AS mungkin bergerak sekitar RM4.46 hari ini,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun.

Unit domestik meningkat berbanding pound British kepada 5.5933/6090 daripada 5.6146/6215 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.6385/6515 daripada 4.6583/6640.

Related Posts

Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri

MIRI – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited meneroka kerjasama strategik dengan pihak swasta, termasuk penyedia perkhidmatan e-hailing bagi memperkukuh sektor pelancongan di utara Sarawak, khususnya di bandar raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Ekonomi MADANI ATM diperluas, RM10 juta manfaatkan 2,235 warga BAKAT di 90 kem

KLUANG – Kementerian Pertahanan terus memperkukuh agenda kesejahteraan keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi peluasan Program Ekonomi MADANI ATM yang kini melibatkan peruntukan hampir RM10 juta bagi tahun 2026. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi