Netizen terpukau menu kantin sekolah setaraf hotel lima bintang

KEPELBAGAIAN menu di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama Sungai Buloh yang tular di media sosial, baru-baru ini mendapat pelbagai pujian dan respon positif daripada netizen.

Video berdurasi 1 minit 56 saat itu memaparkan menu makanan di sekolah berkenaan yang disediakan dengan persembahan yang menarik ala bufet seperti dihidangkan oleh restoran lima bintang.

Berdasarkan video tersebut, sorang guru di sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Siti, menceritakan tentang jenis serta harga setiap makanan barat dan tempatan yang dijual di kantin berkenaan.

Menurutnya, pemilik kantin dilihat berfikiran di luar kotak apabila menyediakan pelbagai menu ‘mahal’, namun dijual dengan harga yang berpatutan agar pelajar dapat menikmatinya pada waktu rehat.

Beliau memberitahu, terdapat empat stesen makanan yang menjual pelbagai makanan mengikut selera dan citarasa pelajar serta guru sekolah berkenaan.

“Antaranya, nasi putih bersama spicy chicken Korea dijual pada RM5, kalau dekat luar ini dah RM10, buttermilk bersama nasi (RM5), mushroom sup dan kebab ayam (RM4); creamy macarony pesto (RM4) serta mi hun tomyam pula hanya RM3,” katanya.

“Selain itu bagi pelajar yang gemar masakan Melayu, turut dijual nasi berlauk ayam goreng disertakan ulam dengan sambal belacan yang dijual RM4 sahaja,” katanya menerusi video tersebut yang dikongsi di TikTok Cikgu Siti.

Video berkenaan sehingga kini meraih 807,000 tontonan, 2,200 komen dengan 8,300 tanda suka.

Rata-rata di antara mereka berpandangan keperluan untuk setiap kantin sekolah mencontohi tindakan seperti itu dalam menarik minat pelajar untuk membeli makanan.

Malah, tidak kurang juga yang berhasrat untuk ke kantin sekolah tersebut bagi merasai menu yang disajikan.

“Beruntung murid-murid di sekolah ini, kalau dekat luar ini sekarang kebanyakan menu yang disediakan melebihi RM10,” tulis muzamir88.

“Wow, menu di sekolah tak calang-calang. Dah macam bufet di hotel, harga pula murah. Memang mantap tauke kantin sekolah ini,” kata lahyuy di TikTok.

“Diharapkan lebih ramai pemilik kantin ambil inisiatif seperti ini. Perbanyakan menu yang menarik. Baru budak budak nak belajar pun seronok, makan pun seronok,” kata Fahmi munez.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei