Negeri Sembilan lancar tabung pembangunan apartmen wakaf di Gaza, sasar kutipan RM4.5 juta

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan tabung bagi pembangunan apartmen menerusi projek pembangunan Bandar Wakaf Malaysia-Gaza, dengan sasaran kutipan RM4.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daripada jumlah itu, RM1 juta daripada kutipan akan disalurkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi tujuan kerja Pembangunan awal.

Menurutnya,insiatif terbabit bukan hanya bertujuan menyediakan kemudahan apartmen wakaf, tetapi juga bagi membina sebuah bandar baharu di Gaza.

“Rasa kasih, rasa sedih, rasa sayu harus kita terjemahkan sebagai kesungguhan kita untuk sama-sama menyumbang walaupun sedikit. Kita sumbang sebenarnya (adalah) bagi memastikan pembangunan Palestin itu dapat kita segerakan.

“Oleh itu, kita harap dapat kutip lebih (RM4.5 juta) daripada itu. Kita bukan sahaja mahu sediakan kemudahan apartmen wakaf yang dirancang tetapi yang penting sama-sama menyumbang dalam bandar baharu itu nanti,” katanya pada Majlis Pelancaran Tabung Apartmen Wakaf Negeri Sembilan di Masjid Negeri.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim yang juga Pengasas Projek Bandar Wakaf Malaysia Gaza, Datuk Sani Araby Abdul Halim Araby.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mencadangkan wakaf ini boleh disalurkan melalui potongan gaji sebanyak RM50 hingga RM100 setiap bulan atau lebih, bergantung kepada perancangan individu.

Beliau berkata, umat Islam diharap dapat menyumbang melalui tabung berkenaan sempena Ramadan.

“Saya berharap inisiatif ini akan membantu mencapai sasaran kutipan ditetapkan. Rakyat Palestin pasti gembira menerima berita ini, terutama sebagai satu hadiah istimewa di bulan Ramadan.

“Terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim yang memberi peluang kepada penjawat awam di Negeri Sembilan turut serta dalam program wakaf ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin, sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.

Sani Araby dilaporkan berkata, inisiatif ini tidak hanya memberikan bantuan kemanusiaan, tetapi usaha mampan membabitkan solidariti rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai penyokong utama perjuangan Palestin di pentas antarabangsa.

Sementara itu, Sani berkata, projek itu membabitkan pembangunan 14 blok apartmen wakaf yang mewakili setiap negeri di Malaysia.

“Projek itu akan dibangunkan dengan kemudahan utama seperti masjid, sekolah, klinik kesihatan, taman rekreasi dan menara tangki air membabitkan kos keseluruhan mencecah RM120 juta.

“Ini simbol solidariti Malaysia dalam usaha membantu rakyat Palestin dengan tanah wakaf seluas 35 hektar di Gaza yang dipersetujui pada Februari 2023,” katanya.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

MTCP ambil alih OKSHE, sasar pacu pelancongan menerusi inovasi digital

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda