Nasihat Ku Li kepada Awie

KETUA UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan rasa syukur sambil mengucapkan tahniah kepada Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atas kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Veteran UMNO itu turut berterima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha memastikan kemenangan Mohd Azmawi.

“Kepada Awie… jawatan disandang ini bukanlah untuk disanjung, tetapi untuk berkhidmat dan bekerja dengan berbakti kembali kepada rakyat Nenggiri.

“Galaslah amanah dan mandat yang diberikan dengan sebaik-baiknya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Malam tadi calon BN, Mohd Azmawi Fikri memenangi PRK Nenggiri selepas menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi selepas memperoleh 9,091 undi, manakala Mohd Rizwadi mendapat 5,739 undi.

Related Posts

Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan. Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad. Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan