Nasib tak menyebelahi gandingan Aaron-Wooi Yik

KUALA LUMPUR – Misi balas dendam beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke atas gandingan utama dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang tidak berhasil apabila tewas 19-21, 21-15, 17-21 di pentas separuh akhir Sukan Olimpik Paris, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang dikecewakan pada aksi terakhir Kumpulan A pada Isnin lalu, sekali lagi terpaksa akur dengan kekuatan Wei Keng-Chang di Porte de La Chapelle Arena biarpun sudah memperagakan persembahan terbaik mereka.

Kedua-dua beregu memulakan set pertama dengan berhati-hati sebelum saingan semakin bertambah hangat di pertengahan perlawanan.

Wei Keng-Chang kemudian berjaya menjarakkan mata namun Wooi Yik bangkit dengan lebih agresif untuk menyamakan kedudukan pada mata ke-11.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila beregu China kembali mendahului pada ketika Aaron-Wooi Yik terus merapatkan kedudukan mata dengan corak permainan lebih agresif.

Situasi saling bertukar mata terus berlangsung sehingga mata ke-19 sebelum Wei Keng-Chang melengkapkan kemenangan set pertama 21-19.

Bersambung di set kedua, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketiga dunia berjaya mendahului saingan di saat Wei Keng-Chang tampak sering melakukan kesilapan.

Aaron-Wooi Yik terus menggunakan peluang berkenaan sebelum menamatkan set kedua dengan 21-15 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan momentum dengan kedua-dua beregu saling bertukar mata sekali gus menjadikan suasana semakin bertambah genting dan mendebarkan.

Wei Keng-Chang terus mempamerkan kehebatan selaku beregu utama dunia dengan mendahului perlawanan sebelum memuktamadkan set penentuan dengan 21-17.

Aaron-Wooi Yik begitupun masih berpeluang untuk menyamai pencapaian di Tokyo 2020 apabila dijadual beraksi di penentuan gangsa menentang sama ada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen atau gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin, Ahad ini.

Related Posts

Kota Belud jadi perhentian baharu ‘Sail Malaysia Passage to The East Yacht Rally’

KOTA KINABALU – Kota Belud, yang dikenali sebagai Daerah Koboi Timur, bakal membuat penampilan sulungnya sebagai satu perhentian bagi Sail ‘Malaysia Passage to East Yacht Rally’ tahun ini. Pembantu Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau