Nasib mangsa-mangsa kebakaran Kg Cempaka Likas akan diberi perhatian

KOTA KINABALU – Nasib mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada 1 Mac lalu akan diberi perhatian oleh Kerajaan Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, Kerajaan Negeri bersama jabatan kerajaan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi membantu mangsa kebakaran.

“Hari ini saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas.

“Kita amat prihatin dan sebagai kerajaan peduli rakyat kita telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran iaitu sebanyak RM1,000 daripadanya adalah dari kerajaan negeri manakala RM300 lagi dari Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kita berusaha memikirkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita faham terutama pada bulan puasa ini, mengenai ketidakselesaan dan kesusahan mereka.

“Sebab itu, kerajaan bersama pihak yang berkaitan akan berusaha mencari jalan yang terbaik untuk membantu mereka seterusnya.

“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan gas dan dapur dari Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan dari Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran Kg Cempaka, Likas, di Dewan Serbaguna Likas, pada Isnin.

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga kehilangan tempat tinggal semasa kejadian kebakaran.

Sementara itu, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa kebakaran iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai seramai 57 KIR dan 311 penduduk.

Pelbagai lagi pihak turut membantu memberi bantuan makanan antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan awal sebaik sahaja berdaftar di PPS iaitu bantuan bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen