Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia, akui sangat terluka diperdaya Jho Low, Petro Saudi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia setelah menyedari segala kecurangan yang berlaku dalam 1Malaysia Devepment Berhad (1MDB) berlaku semasa di bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sebelum ini.

Perutusan luahan isi hati bekas Perdana Menteri itu dibacakan oleh anak sulungnya, Datuk Nizar Najib di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Najib sekali lagi menegaskan bahawa dirinya bukanlah dalang ataupun ‘mastermind’ dalam setiap kecurangan kewangan 1MDB bahkan bukanlah individu yang bersubahat dengan Jho Low dan Petro Saudi.

“Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB
Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini.

“Setiap hari saya berasa amat terluka mengetahui bahawa segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata Najib dalam kenyataan yang dibacakan Nizar.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, perbicaraan mahkamah baru-baru ini sabitan kes terhadap eksekutif Petro Saudi di Mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang diterbitkan oleh The Edge yang berdasarkan kepada analisis mereka terhadap kes tersebut serta email dalaman Petro Saudi sekali lagi membuktikan bahawa dirinya (Najib) bukan dalang ataupun ‘mastermind’ dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB.

“Rumusan daripada artikel yang diterbitkan oleh The Edge telah menyatakan bahawa Petro Saudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdayakan saya.

“Saya tidak sedar bahawa Petro Saudi telah mengalihkan dana 1MDB. Dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada Petro Saudi.

“Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah merupakan sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi, seperti mana yang telah ditetapkan dalam prosiding mahkamah memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil,” ujar Najib lagi.

Pun begitu, kata Najib, apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza.

“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

“Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku di 1MDB kebimbangan utama saya adalah usaha kepada memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dan dua hala,” katanya.

Mengulangi penegasannya, Najib menyatakan bahawa beliau telah pun dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas dirinya bukanlah dalang kepada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.

“Justeru, saya tidak sepatutnya jadi mangsa dari segi undang-undang.

“Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan perbuatan tidak bermoral dan pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB.

“Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan juga di 1MDB namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang tidak saya mulakan atau mengetahui secara sedar adalah tidak adil kepada saya.

“Saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah,” kata Najib.

Dalam pada itu, Nizar juga memohon agar urusan mahkamah bapanya pada 30 Oktober ini dipermudahkan dan berada di pihak kemenangan.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang