Naim sambung legasi Bung Moktar di Parlimen

KOTA KINABALU – Pelantikan Mohd Kurniawan Naim Moktar sebagai Ahli Dewan Rakyat Kinabatangan yang baharu adalah satu amanah besar dalam usaha menyambung khidmat serta mengangkat suara rakyat Kinabatangan di peringkat Parlimen.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kinabatangan mempunyai makna yang besar kepada seluruh rakyat di daerah itu kerana di situlah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin menumpahkan seluruh jiwa dan baktinya sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Zahid berkata, beliau mengenali Allahyarham Bung Moktar sebagai seorang sahabat seperjuangan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, berpegang teguh pada prinsip serta berani mempertahankan kebenaran.

“Hari ini, anakandanya melangkah masuk ke Dewan Rakyat dengan amanah yang besar.

“Amanah untuk menyambung khidmat, menjaga kepercayaan rakyat dan mengangkat suara Kinabatangan dengan penuh tanggungjawab.

“Saya melihat ini sebagai kesinambungan perjuangan yang lahir daripada didikan dan pengorbanan seorang ayah yang telah banyak berjasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar Naim dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan hati dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat, selain sentiasa dekat dengan rakyat, berani memperjuangkan kepentingan kawasan dan konsisten berpegang pada prinsip.

“Insya-Allah, dengan sokongan semua pihak, khidmat dan sumbangan Allahyarham Bung akan terus hidup melalui usaha dan komitmen anakandanya di Dewan Rakyat,” tambahnya.

Related Posts

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

PUTRAJAYA – Kehadiran hambar dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, Sabtu lalu yang menyaksikan hanya ratusan peserta terlibat, mencerminkan perubahan sentimen rakyat terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMMO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk menubuhkan kerajaan baharu ‘tebuk atap’, susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat