Naim, MIHA calon nombor 1 BN di Kinabatangan dan Lamag

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) meletakkan Mohd Naim Kurniawan Moktar dan Mohd Ismail Ayob (MIHA) sebagai calon nombor satu masing-masing bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undagan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bermula hari ini.

Naim Moktar menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan bagi Parlimen Kinabatangan pada pukul 9.06 pagi, sekali gus mengesahkan kesiapsiagaan BN untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Bagi DUN Lamag pula, MIHA tampil sebagai calon pertama apabila menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.04 pagi, menandakan permulaan rasmi kempen BN di kawasan itu.

Proses penamaan calon berlangsung lancar di Dewan Sri Lamag dengan kawalan keselamatan dan pematuhan prosedur ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kedua-dua calon BN dilihat mendapat sokongan padu penyokong yang hadir seawal pagi, mencerminkan momentum awal parti itu menjelang hari pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang dijadualkan berlangsung 24 Januari ini.

Bagi kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar berdepan persaingan tiga penjuru apabila dicabar oleh seorang calon daripada Parti Warisan serta seorang calon bebas, menjadikan pertembungan itu antara paling tumpuan dalam PRK kali ini.

Sementara itu, bagi DUN Lamag, MIHA akan bertembung satu lawan satu dengan calon Parti Warisan, sekali gus menjadikan kerusi tersebut medan ujian sokongan pengundi terhadap calon baharu BN di kawasan berkenaan.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa