Naik taraf infrastruktur di Ulu Kongsor memang diidam-idamkan – Pemilik dusun

KUALA KANGSAR – “Menaik taraf infrastruktur di Ulu Kongsor, sememangnya sesuatu yang telah lama kami idamkan.”

Demikian harapan tersimpan lama bagi kira-kira 200 pemilik tanah di sekitar kawasan pendusunan Ulu Kongsor, Padang Rengas, di sini yang kini telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Seorang pemilik dusun, Osman Rani, 70, ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP) berkata, mewakili suara para pemilik tanah di kawasan tersebut, beliau menyambut baik kesudian Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, meluluskan peruntukan bagi pembinaan jalan dusun baharu sepanjang tiga kilometer (km) bernilai RM1.3 juta.

“Sememangnya kami (pemilik dusun) sudah lama menantikan pemimpin negara turun sendiri melihat isu-isu yang kawasan kami hadapi terutama dari segi infrastruktur.

“Sejak lebih 60 tahun, kami menunggu jalan yang lebih selesa. Memang sebelum ini disediakan jalan ladang berasaskan simen, tetapi jalan tersebut kerap kali mengalami kerosakan akibat dilalui jentera berat,” katanya.

Justeru, ujar Osman, dengan kelulusan projek jalan baharu itu, merupakan titik permulaan untuk pemilik dusun meneruskan usaha dalam menambah baik lagi keperluan asas lain seperti mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.

“Terima kasih Perdana Menteri atas keperihatinan beliau dalam menyelesaikan antara isu-isu asas yang memang kami nantikan selama ini (jalan yang elok).

“Cuma selepas ini, kami akan memperjuang pula isu untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air bersih. Sekiranya semua ini sudah lengkap, kami tidak keberatan untuk menjadi penghuni tetap di sini,” ujarnya yang mengakui lebih banyak peruntukan diperlukan untuk menyelesaikan semua isu terbabit.

Jelas beliau, yang juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Interim bagi Persatuan Pendusunan-pendusunan Ulu Kongsor (PPUK), sehingga kini, mengikut data, hampir seratus lebih pemilik tanah di situ telah berjaya dikesan.

“Sejak kehadiran Perdana Menteri, sehingga kini, kawasan di situ turut menerima limpahan liputan talian telefon.

“Difahamkan pencawang yang diselenggara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu akan menjadi kekal untuk para penghuni di situ mendapat liputan talian yang sebelum ini memang tiada sebarang liputan diperolehi,” tambah Osman kepada TMP.

Sebelum ini, Perdana Menteri bersama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohammad telah turun di kawasan Ulu Kongsor, bagi melihat sendiri permasalahan yang dihadapi para pemilik dusun di situ serta meluluskan peruntukan jalan baharu sepanjang tiga km dengan nilai sebanyak RM1.3 juta.

Kerja-kerja pembinaan sudah dimulakan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024 ini.

Ulu Kongsor adalah kawasan agropelancongan seluas 800 ekar meliputi 13 kawasan tapak perkhemahan, kawasan rekreasi dan dusun-dusun durian, getah serta kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Malah, dalam lawatan tersebut, Anwar menyatakan keterujaan serta terpesona melihat keindahan kawasan Pendusunan Ulu Kongsor yang cukup indah dan nyaman dengan kawasan ladang dan dusun yang menghijau serta air sungai yang jernih.

Pembinaan jalan dusun baharu itu ujarnya, mungkin dilihat kecil sesetengah pihak yang mengukur kemajuan dengan projek raksasa, namun hakikatnya ia cukup penting untuk penduduk kampung, terutama pemilik dusun di sini.

Bahkan, jelas beliau, projek ini akan meningkatkan akses pelancong ke kawasan dusun apabila ia siap pada hujung tahun ini, sekali gus melonjak pembangunan ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang