Naib Canselor UMS raikan kehadiran pelajar kembar di UMSKAL

LABUAN – Suasana pendaftaran pelajar baharu di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini menjadi lebih istimewa apabila Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, meraikan kehadiran sepasang pelajar kembar yang turut mendaftar bagi sesi akademik 2025/2026.

Pasangan kembar dari Kudat, iaitu Sharifah Sahirah Azlan dan Sharifah Sakirah Azlan, memilih bidang pengajian berbeza namun sama-sama menjadikan UMSKAL sebagai destinasi untuk memulakan perjalanan akademik mereka.

Sharifah Sahirah, adik dalam pasangan itu, mengikuti program Teknologi Maklumat (Teknologi Multimedia) kerana melihat bidang berkenaan menawarkan peluang kerjaya yang luas serta relevan dengan perkembangan industri digital.

Sementara itu, kakaknya, Sharifah Sakirah, memilih program Pemasaran Antarabangsa dengan keyakinan kursus tersebut mampu membuka ruang kerjaya meluas dalam sektor perniagaan global.

Mengimbau perjalanan ke Labuan, pasangan kembar itu berkongsi pengalaman menaiki ‘speedboat’ dari Menumbok selepas dihantar sepupu mereka dari Kota Kinabalu, sebelum tiba di kampus menggunakan bas UMS.

Kasim selaku Naib Canselor UMS menzahirkan rasa bangga dengan semangat kedua-dua pelajar berkenaan yang sanggup merantau demi menimba ilmu.

“Kehadiran pelajar kembar ini melambangkan keyakinan masyarakat terhadap kualiti pendidikan di UMS.

“Walaupun mereka datang bersama sebagai pasangan kembar, setiap seorang mempunyai peluang untuk menyerlah dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya, kehadiran pelajar kembar ini menjadi simbolik kepada keunikan pengambilan pelajar UMS tahun ini, sekali gus mencerminkan kepelbagaian serta komitmen universiti dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

Katanya, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sejumlah 331 pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan 112 pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) telah mendaftar di UMSKAL, dengan angka dijangka terus meningkat menjelang penutupan pendaftaran esok.

Related Posts

Jom Main Boi 2025 riuhkan kembali hujung minggu warga Saratok

SARATOK – Penganjuran kejohanan bolasepak Piala Saberkas Kalaka Jom Main Boi edisi ke-6 kembali menghangatkan suasana di Saratok selepas kali terakhir diadakan kira-kira 5-6 tahun yang lalu. Pada edisi kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MP Libaran hargai komitmen PMX percepat projek rumah tentera di Sandakan
  • FandiFandi
  • September 28, 2025

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi komitmen untuk mempercepatkan projek pembinaan rumah tentera di Sandakan. Menurut Suhaimi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pulau Warisan: Satu lagi bukti kegagalan Kerajaan Terengganu urus tanah rakyat

Pulau Warisan: Satu lagi bukti kegagalan Kerajaan Terengganu urus tanah rakyat

Jom Main Boi 2025 riuhkan kembali hujung minggu warga Saratok

Jom Main Boi 2025 riuhkan kembali hujung minggu warga Saratok

Naib Canselor UMS raikan kehadiran pelajar kembar di UMSKAL

  • By Ynom
  • September 28, 2025
Naib Canselor UMS raikan kehadiran pelajar kembar di UMSKAL

Misi GSF masuk ‘zon kuning’, berisiko tinggi diganggu Israel

Misi GSF masuk ‘zon kuning’, berisiko tinggi diganggu Israel

Al Ittihad pecat Laurent Blanc

Al Ittihad pecat Laurent Blanc

BUDI95 bantu ringan beban penghantar makanan, peniaga kecil

BUDI95 bantu ringan beban penghantar makanan, peniaga kecil