Jom Main Boi 2025 riuhkan kembali hujung minggu warga Saratok

SARATOK – Penganjuran kejohanan bolasepak Piala Saberkas Kalaka Jom Main Boi edisi ke-6 kembali menghangatkan suasana di Saratok selepas kali terakhir diadakan kira-kira 5-6 tahun yang lalu.

Pada edisi kali ini, kejohanan anjuran Kelab Pagan Croc Saratok itu menampilkan enam pasukan yang bakal merebut gelaran juara iaitu Melbar, Kamlot, Kamesa, Katansa, Jabura dan Kamela.

Seperti kebiasaannya, keunikan kejohanan ini adalah di mana para pemain akan diundi secara rawak sekaligus mewujudkan satu pasukan campuran yang lebih seimbang.

Pengerusi Saberkas Cawangan Kalaka, Abadi Hussein berkata, pertandingan ini dianjurkan dengan sedikit kelainan dan keunikan di mana pemain hanya perlu mendaftar secara individu bersama yuran penyertaan serendah RM20 seorang.

“Setiap pasukan wajib menurunkan sekurang-kurangnya dua orang pemain veteran (45 tahun ke atas) dalam setiap perlawanan dan selebihnya adalah pemain senior (16-44 tahun). Ini merupakan sebagai usaha bagi menggabungkan pengalaman dan bakat baharu golongan belia khasnya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Jelasnya lagi, tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan antara pemain veteran dan senior, menggalakkan dan merapatkan hubungan silaturrahim serta perpaduan komuniti tanpa mengira latar belakang serta membina gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan.

“Kita juga mahu menghargai peranan pemain veteran. Dalam masa sama, kita juga memberi peluang kepada generasi muda untuk menimba pengalaman baharu bersama mereka. Oleh itu, kita mewajibkan bahawa setiap perlawanan mesti menurunkan dua pemain veteran.

“Semoga dengan penganjuran kejohanan seperti ini mampu mencungkil semula bakat-bakat anak tempatan khususnya dalam kawasan Saratok memandangkan kita seperti semakin kehilangan bakat pemain bola,” ujar beliau.

Terdahulu, Abadi Hussein telah hadir pada majlis simbolik sepak mula pada perlawanan pembukaan antara Melbar menentang Jabura, semalam.

Untuk rekod, Melbar berjaya meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Jabura dengan 1-0 pada Sabtu.

Manakala Kamesa menumpaskan Kamela 2-0, dan Kamlot menang tipis ke atas Katansa dengan jaringan 1-0 pada Ahad.

Kesemua nama pasukan yang menyertai pertandingan adalah hasil daripada akronim berdasarkan beberapa nama kampung-kampung yang terdapat di sekitar Saratok.

Kejohanan ini berlangsung dari 27 September hingga 16 November 2025 dengan semua perlawanan dijadual hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

Foto: Kelab Pagan Croc Saratok

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global