Nahas pelajar UPSI: Hilang kawalan punca kemalangan tragik – Noor Hisam

GERIK – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan bas persiaran hilang kawalan dipercayai punca kemalangan tragik yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53,Jalan Raya Timur-Barat (JKTB), Jeli-Gerik, pada Isnin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang membawa 42 pelajar itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Ujarnya, akibat hilang kawalan, bas persiaran berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

MPV terbabit pula dinaiki sepasang suami isteri bersama dua anak mereka masing-masing berusia 6 dan 3 tahun, dalam perjalanan pulang ke Baling, Kedah.

“Bas persiaran yang membawa 42 pelajar itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang Perodua Alza yang dinaiki empat sekeluarga.

“Bas itu disewa khas oleh pelajar UPSI untuk pulang ke Tanjung Malim selepas bercuti sempena Raya Aidiladha.

“Kemalangan tragik itu mengakibatkan 15 pelajar maut, manakala 27 pelajar lain cedera.

“Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini.

Ujar beliau, jenazah 13 mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat manakala dua lagi di Hospital Gerik.

Tambahnya, seramai 27 penumpang bas, yang terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki berusia antara 21 hingga 23 tahun, serta pemandu dan kelindan bas, sedang menerima rawatan di HRPB, Hospital Gerik dan Hospital Taiping.

“Manakala sepasang suami isteri bersama dua anak mereka (Perodua Alza), menerima rawatan lanjut di Hospital Baling, Kedah,” jelas Noor Hisam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan melibatkan pelbagai aspek termasuk kemungkinan masalah teknikal.

“Kes diklasifikasikan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat pengendali bas ekspres yang terlibat dalam nahas maut itu memaklumkan bahawa semua prosedur pemeriksaan kenderaan telah dipatuhi sebelum perjalanan bermula.

Ujarnya, bas itu merupakan kenderaan yang disewa kumpulan pelajar UPSI untuk pulang ke kampus mereka di Tanjung Malim dari Pantai Timur.

Menurutnya, pemandu yang membawa bas ketika kejadian merupakan pemandu ganti kerana pemandu asal bercuti.

“Namun, kedua-duanya adalah pemandu tetap syarikat kami, bukan pemandu luar atau daripada syarikat lain,” katanya.

Malah ujarnya, bas yang sama juga turut digunakan sebelum ini untuk menghantar pelajar UPSI ke Pantai Timur sempena cuti Aidiladha.

Wakil syarikat itu berkata, syarikat menerima laporan awal yang menyatakan kemungkinan bas terbabit mengalami masalah brek, namun perkara itu masih belum dapat dipastikan.

“Selain masalah brek, kami turut diberitahu tayar pecah, tetapi setelah dilihat, tiada kesan pecah pada tayar.

“Syarikat kami sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam membantu siasatan menyeluruh berkenaan nahas ini,” katanya.

Proses penundaan bas dilakukan oleh sebuah syarikat dari Tanah Merah, Kelantan untuk dibawa ke IPD Gerik bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kejadian itu sebagai antara tragedi berdarah paling menyayat hati dalam sejarah institusi tersebut.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026