Nahas dua motosikal, seorang maut tercampak dalam parit

BAGAN SERAI – Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Parit Buntar–Sungai Bogak, di sini pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha LC dan Honda EX5.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku pertembungan antara dua motosikal.

“Penunggang Yamaha LC tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa, lelaki berusia 44 tahun yang menunggang motosikal Honda EX5 hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi memaklumkan, anggota bomba turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dia dihantar ke Hospital Parit Buntar menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP