Nabawan diisytihar banjir, bomba pindah 24 mangsa ke PPS

NABAWAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan bencana banjir bagi daerah itu pada Jumaat.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi JPBD Nabawan, T.S Marshal Anthony menerusi kenyataannya menyatakan pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi JPBD.

“Maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir seperti ketetapan berikut pada tarikh 11 April, pukul 5.30 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Nabawan.

Setakat hari ini, dilaporkan 24 mangsa berjaya dipindahkan oleh anggota bomba ke PPS berkenaan.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 8 pagi.

“Pasukan bomba yang digerakkan sejurus panggilan itu, tiba di lokasi tiga minit kemudian mendapati banjir berlaku di Kampung Indah daerah berkenaan.

“Tujuh anggota bomba yang bertugas dalam kejadian itu bertindak memindahkan mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

“Operasi bagaimanapun berjaya dikawal pada pukul 10.20 pagi atas pemantauan berterusan dan ditamatkan pada pukul 10.50 pagi setelah dipastikan tiada lagi bahaya lain,” katanya.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar