
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang di-Pertua (TYT) Negeri Sabah Ke-11, hari ini.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong membawa gelaran Tun.
Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Tun Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya TYT paling lama berkhidmat.
Musa pula adalah Ketua Menteri Sabah paling lama memegang jawatan itu – bermula pada 2003 hingga 2018 – mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.




