Murid terlibat salah laku buli digantung sekolah – JPNS

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengambil tindakan tegas terhadap seorang murid yang terlibat dalam kes salah laku buli di sebuah sekolah di negeri ini baru-baru ini.

Menurut Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin, pihak sekolah telah mengambil tindakan serta-merta berdasarkan peraturan-peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa.

“Hukuman gantung sekolah telah dikenakan kepada murid yang terlibat.

“Di samping itu, murid terlibat juga telah dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Jelasnya, JPNS tidak berkompromi dengan salah laku buli dan akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid-murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Ia susulan laporan mengenai kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah di Limauan, Kinarut mengalami kecederaan selepas ditendang oleh pelajar senior, dipercayai kerana kelewatan masuk ke bilik asrama.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku pada malam 7 September lepas, sebelum ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada 9 September dan disusuli satu lagi laporan di IPD Kota Kinabalu pada Sabtu.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi