Muhyiddin perlu berani dedah butiran SD 15 ahli Parlimen ‐ Puad Zarkashi

PUTRAJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus berani mendedahkan ketulenan butiran akuan bersumpah (SD) 115 ahli Parlimen.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak memadai sekadar menyerahkan dokumen berkenaan kepada pihak polis.

“Semalam Muhyiddin serah SD 115 Ahli Parlimen kepada polis. Tetapi itu tidak memadai. Perlu pengakuan lisan secara terbuka oleh ahli Parlimen bukan daripada PN. Itu cara membuktikan SD 115 tersebut tulen.

“Justeru Muhyiddin dicabar panggil ahli Parlimen bukan dari Perikatan Nasional untuk mengesahkan SD itu tulen. Mereka perlu beri pengakuan terbuka bahawa mereka menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke-10,” katanya di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, tanpa pengesahan daripada ahli Parlimen bukan daripada PN maka SD itu mungkin telah dimanipulasi untuk mengelirukan orang ramai yang tidak tahu cerita sebenar.

“Pihak istana tahu cerita sebenar. Maka Muhyiddin perlu minta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah,” ujarnya.

Semalam, Ahli Parlimen Pagoh itu, menyerahkan beberapa dokumen kepada polis sepanjang tempoh sejam memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Beliau dilaporkan berkata, dokumen itu adalah dua surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, yang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 meminta mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang lain untuk menjadi Perdana Menteri menghantar Akuan-Akuan Berkanun kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Katanya, dokumen kedua adalah 114 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Selain itu katanya, turut diserahkan Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim, bertarikh 21 November 2022 yang mengesahkan bahawa beliau telah menerima dokumen-dokumen tersebut serta dokumen lain yang berkaitan.

Related Posts

Teraju Pahang slogan kosong Pas

KUANTAN – Kerajaan Pahang yang ketika ini diterajui UMNO tidak terkesan dengan kempen ‘Teraju Pahang 2.0’ yang sedang dilakukan Pas. Sambil menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada slogan ‘kosong’, Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI