Muay Thai berpotensi jadi platform penyatuan di Sabah

SANDAKAN – Kerajaan Perpaduan terus menekankan pentingnya penyatuan rakyat melalui sukan dan Muay Thai kini dilihat sebagai satu saluran utama dalam usaha tersebut.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sukan Muay Thai menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan membolehkan individu dari pelbagai latar belakang mempamerkan kebolehan mereka dalam seni bela diri ini.

“Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya refleks, ada merupakan gambaran bahawa pemimpin-pemimpin di peringkat atas ini bersedia untuk bersatu padu.

“Dan elemen penyatuan atau bersatu padu ini mesti kita kembangkan sampai ke peringkat akar umbi,” katanya semasa kejohanan Elopura Fights Reunion of Champions 2025 berlangsung di Dewan Tiong Hua di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, sukan Muay Thai kini semakin mendapat perhatian di Sabah dan ia berpotensi menjadi platform penyatuan bangsa, terutamanya dalam kalangan belia.

“Kita harap sukan seperti ini dapat digembleng dalam bentuk yang lebih kecil dan mengakar.

“Saya fikir elok kalau Menteri Belia dan Sukan Negeri terutamanya dapat mengangkat agenda ini.

“Mereka akan memanfaatkan platform yang disediakan oleh Persatuan Muay Thai untuk menunjukkan kehandalan dan kesenian mereka dalam sukan ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penaja dan agensi-agensi kerajaan, terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Dalam pada itu, Pengarah Kejohanan, Mohamad Ajman Ajmain berkata, ‘Elopura Fights Reunion of Champions 2025’ bertujuan memperkenal dan mengembangkan sukan Muay Thai di Sabah khususnya di daerah Sandakan.

“Terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori ‘Muay Sports’ dengan 32 peserta profesional dan lebih 120 peserta yang kebanyakannya merupakan belia.

“Sukan Muay Thai kini diiktiraf sebagai salah satu sukan yang menyumbang pingat emas terbanyak kepada pasukan Sukma Sabah,”

“Saya berharap lebih banyak sokongan diberikan kepada Pusat Muay Thai Negeri Sabah bagi terus memajukan sukan ini,” jelasnya

Katanya, Sukan Muay Thai terus berkembang sebagai medium penting untuk perpaduan dan memperkukuhkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Sabah dengan harapan ia dapat terus diberi keutamaan di peringkat negeri dan nasional.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya