MPV terbabas langgar gerai, pemandu cedera

PEKAN – Seorang lelaki warga emas cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang sebuah gerai makan di Kampung Kuala Pahang, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu berusia 60 tahun mengalami kecederaan di tangan dan kepala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan bergegas ke lokasi dengan dua jentera sebaik menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7.47 pagi.

“Kita didapati sebuah MPV jenis Toyota Unser dalam keadaan hampir terbalik selepas melanggar tiang kedai makan berkenaan.

“Mangsa dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak bomba kemudiannya memutuskan bekalan elektrik pada bateri kereta dan memasang pita keselamatan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan.

“Operasi dikawal sepenuhnya dan tamat pada jam 8.30 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mohd Zin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan difahamkan ia diselesaikan sesama sendiri.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy