MPPg kaji, pertimbangkan untuk turun caj letak kereta – Francis

PENAMPANG – Majlis Perbandaran Penampang (MPPg) sedang mengkaji dan mempertimbangkan untuk menurunkan caj letak kereta di kawasan-kawasan tertentu.

Hal ini susulan daripada rungutan dan rasa tidak puas hati sebahagian penduduk Penampang mengenai pelaksanaan caj letak kereta.

Presiden MPPg, Francis Chong berkata, beliau memahami kerisauan itu terutamanya mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari untuk bekerja dan menjalankan urusan harian.

“Kami sedang mengkaji pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan, keperluan penduduk dan kesan ekonomi secara keseluruhan.

“Matlamat kami adalah untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan kesejahteraan dan kemudahan penduduk Penampang terjaga,” katanya.

Francis berkata, beliau telah mengadakan beberapa sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penduduk dan pemegang taruh untuk mendapatkan pandangan dan cadangan.

“Pandangan dan cadangan pelbagai pihak penting agar kita dapat mencapai satu keputusan yang adil dan seimbang untuk kebaikan penduduk Penampang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pelan Pembangunan Strategik Daerah Penampang 2024-2035 yang diinisiatifkan oleh Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick akan menjadi rujukan tambahan membangunkan daerah ini.

Beliau berkata, antara lima strategi yang digariskan dalam pelan pembangunan itu ialah pengwujudan pusat perniagaan utama, penjanaan ekonomi tempatan, pembangunan penempatan, persekitaran bersih dan hijau serta mewujudkan tadbir urus efektif dan efisien.

“Banyak cadangan dan pendapat para pemimpin masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan bagaimana kita hendak membangunkan Penampang.

“Kita juga ada rujukan-rujukan sedia ada yang mungkin sudah lama, ada juga yang sudah tidak relevan dan ini boleh kita gunakan sebagai satu rujukan dan yang terbaru adalah buku yang dikeluarkan oleh IDS iaitu “Pelan Pembangunan Strategik Daerah Penampang 2024-2035”.

“Buku (pelan) ini dikeluarkan dengan kerjasama Ahli Parlimen Penampang YB Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Penampang Sesi 2024-2026, di ITCC, di sini, kelmarin.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan