Mpox bukan varian baharu Covid-19

GENEVA – Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukan satu lagi Covid-19.

Pengumuman itu dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa ketika ia cuba meredakan rasa khuatir orang ramai berikutan virus itu telah diketahui umum malah cara mengawalnya juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara.

Pengarah WHO di Eropah, Hans Kluge berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan terhadap strain Clade 1b yang menyebabkan agensi itu mengisytiharkan Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) pada minggu lalu.

“Wabak ini boleh dikekang dan mpox bukan Covid-19 baharu,” ujarnya sambil menambah langkah pencegahan diambil berjaya mengawal wabak itu di Eropah, kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, risiko mpox dalam kalangan populasi umum kekal rendah meskipun banyak negara di luar Afrika sudah mula merekodkan kes virus tersebut.

“Adakah kita akan melaksanakan semula ‘lockdown’ di rantau Eropah kerana bimbang ia adalah satu lagi Covid-19? Jawapannya sudah tentu tidak sama sekali,” tegasnya.

Difahamkan, ia disebarkan melalui kontak kulit ke kulit dan terdapat kemungkinan ia boleh menular melalui titisan air liur individu dijangkiti dengan kontak rapat.

“Cara penularannya masih tidak jelas. Lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata, agensi tersebut tidak menyarankan penggunaan pelitup muka seperti dikenakan sewaktu pandemik Covid-19.

“Kami juga tidak menggalakkan program vaksinasi secara besar-besaran.

“Ia hanya diberikan kepada kumpulan paling berisiko,” tambahnya.

Pada Julai 2022, tahap amaran sama dikeluarkan WHO susulan penyebaran strain Clade 2b mpox menjangkiti golongan homoseksual dan biseksual.

Ia bagaimanapun ditarik balik pada Mei 2023.

Related Posts

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

MADRID – Bekalan elektrik terputus di seluruh Sepanyol dan Portugal semalam, menyebabkan perkhidmatan tren terhenti, jalan raya sesak serta orang ramai terperangkap dalam lif. Bagaimanapun, bekalan elektrik mulai pulih secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China gesa AS henti ‘kelirukan orang ramai’ isu tarif

BEIJING – Kementerian Luar China menggesa Washington berhenti ‘mengelirukan orang ramai’ mengenai rundingan tarif dua hala. Jurucakap kementerian itu, Guo Jiakun pada sidang media berkata, pihaknya juga tidak pasti mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif