MP Ledang cadang tangguh pemasangan paip gas

TANGKAK – Susulan insiden kebakaran besar paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mencadangkan agar pihak berkaitan untuk menangguhkan sementara kerja-kerja pemasangan paip di Parlimen ini.

Menurut beliau, beberapa kawasan di Parlimen Ledang juga bakal memulakan aktiviti sama iaitu penanaman paip gas oleh syarikat Gas Malaysia.

Justeru kata beliau, dalam meredakan kebimbangan orang ramai terhadap insiden yang terjadi selain memberikan ruang untuk syarikat terlibat melakukan penambahbaikan, operasi berkenaan wajar ditangguhkan sementara.

“Dalam konteks ini, pihak berkenaan yang terlibat dalam projek pemasangan paip gas seperti Petronas, Gas Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain wajar mengambil langkah waspada terutamanya jika projek melibatkan laluan berhampiran perumahan dan kemudahan awam.

“Ini lebih khusus di kawasan Parlimen Ledang terutama di Tangkak iaitu di kawasan laluan sekitar Jalan Naib Long, Padang Lerek dan Kg Sri Makmur. Saya difahamkan terdapat projek pemasangan paip gas oleh Gas Malaysia di sana.

“Saya ingin mengesyorkan supaya semua projek berkenaan ditangguhkan dahulu sehingga selesai siasatan insiden di Putra Heights dan segala langkah pencegahan, penambahbaikan serta pemantauan ditingkatkan supaya insiden sama tidak berulang atau berlaku di tempat lain,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Syed Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Johor turut menggesa supaya sesi libat urus lebih meluas diadakan dengan semua pemegang taruh khususnya penduduk atau wakil mereka dan wakil-wakil rakyat di kawasan ini.

“Bagi insiden di Putra Heights, saya yakin kerajaan dan pihak berkuasa sedang mengambil segala langkah yang wajar untuk menangani kesan dan akibat daripada insiden berkenaan.

“Namun, kegusaran awam juga wajar ditangani dengan tuntas supaya tahap keyakinan rakyat terhadap keselamatan awam dapat dipulihkan,” katanya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik