MoTS sambut baik Batik Air umum laluan baharu Kuching- Kota Kinabalu

KUCHING – Usaha memperkukuh hubungan antara Sabah dengan Sarawak terus diperkasa apabila syarikat penerbangan Batik Air mengumumkan pembukaan laluan baharu Kota Kinabalu–Kuching yang akan beroperasi setiap hari bermula 15 Disember ini.

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MoTS) menyambut baik langkah berkenaan yang disifatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi, pelancongan dan integrasi serantau di Borneo.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, serta seluruh pasukan syarikat penerbangan itu atas komitmen mereka memperluas rangkaian udara ke negeri ini.

“Kementerian menyokong penuh inisiatif Batik Air untuk memperkukuh jaringan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Laluan ini bukan sahaja mempererat hubungan perdagangan dan pelancongan, tetapi juga memberi kemudahan kepada rakyat yang kerap berulang-alik antara dua negeri utama di Malaysia Timur,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Lee, usaha ini seiring dengan strategi kerajaan Sarawak untuk memperkasa ekonomi hijau dan pelancongan mampan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau berkata, peningkatan capaian udara antara Kuching dan Kota Kinabalu akan membuka lebih banyak peluang perniagaan, pelaburan serta memperkukuh hubungan sosial antara rakyat dua negeri.

Katanya lagi, pihaknya akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang dan agensi pelancongan bagi memperkenalkan lebih banyak laluan terus serta menambah kekerapan penerbangan ke Sarawak.

“Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri memastikan Sarawak kekal sebagai hab penerbangan utama di Borneo yang mampu menarik pelancong dan pelabur dari dalam serta luar negara,” katanya.

Laluan baharu ini dijangka menjadi satu lagi tonggak penting dalam mengukuhkan peranan Sarawak sebagai pintu masuk utama rantau Borneo, sekali gus melonjakkan imej negeri itu di peta penerbangan serantau.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta