MOSTI galak pesara pendidikan sokong STEM dan inovasi

LAHAD DATU – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan pesara pendidikan terlibat dalam menyokong agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta inovasi sebagai mentor, penasihat atau fasilitator komuniti.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penglibatan pesara pendidikan itu dilihat mampu memberi impak besar kepada masyarakat .

“Bayangkan impaknya jika guru-guru berpengalaman kembali ke sekolah dalam bentuk bimbingan sukarela, atau ke kampung dan komuniti sebagai penyampai ilmu dalam bentuk baharu yang lebih praktikal dan menarik.

“Inilah kesinambungan jasa yang saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan masih mampu berikan,” katanya ketika berucap merasmikan makan malam dan dialog bersama Jawatankuasa Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) Cawangan Sabah di D’Ceria Ballroom, di sini, pada Sabtu.

Ke arah itu katanya, MOSTI sedia bekerjasama dengan 5PM Sabah agar dasar dan inisiatif yang dirancang lebih menyeluruh dan inklusif, mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pesara pendidik.

Sementara itu, Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu menyeru rakyat negeri ini untuk terus bersama-sama menyokong usaha membangunkan negeri Sabah.

“Perjuangan ini bukan milik satu pihak semata-mata, sebaliknya memerlukan semangat kolektif antara generasi muda yang penuh tenaga dan idea baharu dengan generasi berpengalaman yang sarat dengan hikmah dan panduan.

“Sebagai anak negeri ini, saya amat memahami bahawa perubahan yang mampan hanya boleh digerakkan oleh mereka yang benar-benar mengenal denyut nadi rakyat.

“Pada hemat saya, kepimpinan bukan sekadar tentang jawatan, tetapi tentang keikhlasan untuk berkhidmat, mendengar dan bertindak dengan hati,” ujarnya.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy