Momentum ringgit kekal atasi dolar

RINGGIT meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan permintaan merosot terhadap mata wang AS itu.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, sentimen pasaran terus terkawal ketika dunia bersiap sedia menunggu pilihan raya presiden AS dalam tempoh kurang daripada dua minggu lagi.

“Persaingan antara Kamala Harris (calon Parti Demokrat) dan Donald Trump (calon Parti Republikan) sangat sengit, terutamanya di negeri-negeri yang menjadi penentu penting kepada keputusan pilihan raya,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8554/8586 daripada 2.8589/8627 pada Khamis tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.6348/6407 daripada 5.6331/6402 dan turun berbanding euro kepada 4.6977/7026 daripada 4.6918/6978 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.45 daripada 7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2870/2907 daripada 3.2928/2972.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/277.8 daripada paras penutup 278.8/279.3 pada Khamis dan menokok berbanding baht Thai kepada 12.8425/8619 daripada 12.9031/9259.

Related Posts

AirBorneo lancar laman sesawang rasmi, boleh buat tempahan mulai 10 Disember

KUCHING – AirBorneo mengumumkan pelancaran rasmi laman web dan pusat panggilannya bermula 10 Disember 2025, sekali gus menandakan permulaan jualan tiket penerbangan susulan pengambilalihan MASwings yang dijadualkan berkuat kuasa hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarikat berpendapatan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada pelaksanaan e-invois
  • YnomYnom
  • December 6, 2025

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan untuk menaikkan had kelayakan pelaksanaan e-invois bagi syarikat daripada RM500,000 kepada RM1 juta, sekali gus memberi kelegaan kepada ribuan usahawan kecil dan sederhana di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam