Mohd Azmawi sudah mula turun padang

KOTA BHARU – Biarpun berbaki 10 hari lagi sebelum penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sudah mula bergerak menemui pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Seawal jam 7 pagi, Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu – yang sebelum ini diumumkan akan mewakili Barisan Nasional (BN) – sudah memasuki kawasan kampung sehingga malam.

Mohd Azmawi berkata, masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin walaupun penamaan calon hanya akan berlangsung 3 Ogos depan, lapor Berita Harian.

“Selok belok Gua Musang sudah sebati dengan saya memandangkan saya memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang dan saya serta isteri juga berasal dari jajahan ini.

“Sebaik diumumkan sebagai calon pada 18 Julai lalu, saya terus turun padang bertemu pengundi dan cuba memanfaatkan masa yang ada.

“Setiap hari saya cuba memasuki sebanyak mana kampung untuk beramah mesra dengan mereka dalam usaha memperkenalkan diri sebagai calon BN,” katanya.

Beliau mengakui sepanjang tempoh enam hari turun ke lapangan, penerimaan penduduk amat baik kerana kebanyakan mereka sudah mengenalinya.

“Saya akui PRK Nenggiri tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya saya perlu bekerja kuat dengan dibantu jentera BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Besar harapan saya pengundi akan mengembalikan semula kerusi DUN Nenggiri kepada UMNO pada 17 Ogos depan.

“Walaupun BN kalah sebelum ini, kita tetap meneruskan segala agenda membantu rakyat di Nenggiri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, UMNO Kelantan mengumumkan Mohd Azmawi sebagai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Nenggiri bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pemilihan Mohd Azmawi, 38, diputuskan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sokongan kepemimpinan UMNO Gua Musang serta akar umbi.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi