Mohd Azmawi cari jalan sediakan mesin ATM untuk penduduk

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan berusaha mendapatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadi keperluan mendesak warga Nenggiri.

Mohd Azmawi berkata, perkara itu dibangkitkan penduduk ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri yang kini memasuki minggu kedua.

“Rintihan daripada orang-orang kawasan Nenggiri di kawasan Jeram, Bertam dan sekitar yang inginkan mesin ATM.

“Insya-Allah ambo (saya) akan usahakan segera untuk adakan mesin ATM di kawasan berkenaan.

“Ambo akan hubungi pihak bank-bank yang boleh membantu kita dalam mengadakan dan menjadikannya satu realiti untuk mesin ATM dekat dengan adik kakak,” katanya dalam satu video kempen dimuat naik di media sosialnya.

Sebelum ini media melaporkan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan kemudahan mesin ATM dan stesen minyak untuk kehidupan mereka.

Penduduk mendakwa mereka perlu ke bandar Gua Musang sejauh lebih 50 kilometer (km) dan memandu hampir 45 minit untuk ke mesin ATM berhampiran.

Malah ada yang perlu menaiki bot sejauh 30 minit sebelum menyambung perjalanan menaiki kereta api selama sejam semata-mata untuk mendapatkan kemudahan mesin ATM.

Stesen minyak terdekat pula sekitar 30 km dan mengundang pelbagai kesulitan dan masalah kepada penduduk.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu