Mohamad Hasan sendiri minta KKM keluarkan saman – Dr Dzul

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini untuk menyerahkan notis kesalahan dan diberikan kompaun.

Dr Dzulkefly di platform X berkata, pejabat Menteri Luar telah pun dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Jujurnya, YBM DS Mohamad Hasan sendiri minta KKM mengeluarkan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” katanya.

Semalam, Dr Dzulkefly menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika merokok dalam restoran.

Dalam satu hantaran di X, Dr Dzulkefly mengulas pemilik akaun X yang mendakwa Menteri Luar, Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat sedang merokok di sebuah restoran.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, 2024) berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yg boleh mengatasi undang-undang,” balas Dzulkefly di X.

Dzulkefly mengulas gambar yang dimuat naik di akaun @MsianInciter memaparkan individu dipercayai Mohamad sedang memegang rokok bersama sekumpulan lelaki.

Menurut akaun X berkenaan Timbalan Presiden UMNO itu didakwa merokok di sebuah kedai makan ketika pulang ke kawasan.

Pemilik akaun itu juga memaparkan poster mengenai 28 tempat larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkenaan tarikh dan masa perbuatan itu dilakukan, selain nama restoran itu juga tidak didedahkan.

Dzulkefly berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa dwistandard.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil