MOBEMA perkukuh tindakan bersepadu tangani kebakaran terbuka di Miri

MIRI – Penubuhan Miri Open Burning Emergency Mutual Aid (MOBEMA) dilihat sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh tindakan bersepadu antara agensi kerajaan dan sektor swasta bagi menangani isu kebakaran terbuka di daerah ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar kerjasama di atas kertas, sebaliknya berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan bantuan bersama serta memperkukuh kerjasama strategik pelbagai pihak.

“MOBEMA membantu meningkatkan keupayaan sedia ada serta memastikan tindakan awal dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan terselaras bagi mengelakkan kebakaran daripada merebak menjadi lebih besar.

“Pendekatan bersepadu ini melibatkan pelbagai pihak termasuk Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), pasukan pertolongan cemas, bantuan perubatan serta kawalan keselamatan bagi memastikan setiap insiden dapat dikendalikan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MOBEMA yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin di sebuah hotel pada Isnin.

Mengulas lanjut, Jamri berkata, pertubuhan itu berpaksikan tiga tonggak utama iaitu melindungi keselamatan pekerja dan orang awam, mencegah kerugian harta benda serta memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

Menurutnya, kawasan Miri sering berdepan kebakaran terbuka termasuk kebakaran hutan dan belukar yang berpanjangan berikutan cabaran keluasan kawasan operasi, kekangan akses serta kesukaran jentera bomba untuk memasuki lokasi tertentu.

“Justeru, MOBEMA berperanan sebagai pasukan sokongan di peringkat awal dan tidak mengambil alih fungsi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri,” jelasnya.

MOBEMA merupakan sebuah organisasi sukarela yang dianggotai syarikat pemilik tanah bersama agensi perkhidmatan kecemasan, dengan fungsi merangkumi penyelarasan bantuan, sokongan logistik serta pelaksanaan latihan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada JBPM Zon Miri dan semua ahli MOBEMA atas komitmen yang ditunjukkan, selain berharap lebih banyak organisasi akan tampil menyertai inisiatif berkenaan pada masa akan datang.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16