MINDEF jamin kewibawaan ATM terus dipelihara sebagai institusi paling diyakini

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menegaskan komitmen berterusan untuk memelihara kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi paling diyakini negara melalui usaha pembersihan menyeluruh terhadap sebarang unsur kecurangan dan pelanggaran integriti.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebarang isu yang melibatkan kedudukan ATM berpotensi memberi kesan langsung kepada negara.

Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah kawalan kerosakan secara segera bagi memastikan kredibiliti institusi pertahanan negara tidak terjejas.

“Semasa perutusan tahun baharu, saya telah tegaskan pendirian dan komitmen MINDEF dan ATM untuk kita bersihkan nama baik dan mengembalikan semula kewibawaan ATM.

“Kita tekad membanteras segala unsur kegelinciran dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan nama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Halim Suleiman pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, sebagai langkah pemulihan tatakelola, MINDEF melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem perolehan dan pelaksanaan, termasuk rombakan proses perolehan aset agar lebih telus.

Usaha itu turut melibatkan pemerkasaan pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan risiko manipulasi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau sekali lagi memberi jaminan bahawa arahan pembekuan perolehan tidak menjejaskan tahap kesiapsiagaan dan operasi ATM kerana langkah berkenaan bersifat sementara.

Arahan tersebut turut disusuli pengeluaran garis panduan baharu oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam tempoh kurang tiga minggu.

Pada 16 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkaitan isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Arahan itu dibuat susulan kontroversi rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan beberapa bekas pimpinan tertinggi ATM.

Mohamed Khaled menjelaskan bahawa antara syarat kerangka tadbir urus baharu yang ditetapkan MOF ialah pengukuhan elemen semak dan imbang rentas kementerian.

Selain itu, proses penilaian teknikal dan kewangan turut diperkemas dengan komposisi ahli yang lebih kompeten dan tidak terhad kepada agensi pengguna semata-mata.

Beliau berkata, perolehan melibatkan produk pengilang peralatan asal (OEM) dari luar negara diwajibkan melalui tender terbuka antarabangsa.

“MOF juga menetapkan bahawa perolehan secara sebut harga bagi RM300,000 hingga RM500,000 untuk bekalan dan perkhidmatan serta RM300,000 hingga RM3 juta bagi kerja hendaklah dimuktamadkan pada peringkat lembaga perolehan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian,” katanya.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat