SANDAKAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di tiga lokasi termasuk di Sandakan, pada Rabu.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman Facebook Malaysian Meteorological Department, ujian siren itu akan dilaksanakan di Pusat Perkembangan Perikanan, Kuala Terengganu, Terengganu, Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang serta di Masjid Kampung (Kg) Sim-Sim Sandakan, Sabah.
“Pengujian siren di Masjid Kg. Sim-Sim, Sandakan bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan maklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” kata kenyataan di sini pada Selasa.




