Meta gagal lindungi rakyat, kandungan jenayah masih berleluasa – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyelar syarikat teknologi gergasi Meta kerana gagal menangani peningkatan kes jenayah siber di platform kendaliannya, terutamanya Facebook, walaupun berkali-kali diberi peringatan dan kerjasama secara rasmi.

Beliau berkata, ketidakseriusan Meta dalam menangani isu keselamatan digital rakyat amat membimbangkan dan boleh menyebabkan campur tangan lebih tegas oleh kerajaan sekiranya keadaan berterusan.

Menurut Fahmi, kandungan yang dikesan melibatkan aktiviti perjudian dalam talian, penipuan kewangan, penyebaran maklumat palsu, sentimen kaum dan agama, serta penjualan produk terlarang seperti cecair vape bercampur bahan terlarang.

Setakat 19 September lalu, sejumlah 168,774 permintaan penurunan kandungan telah dikemukakan kepada Meta untuk Facebook sahaja, menjadikan platform itu paling banyak menerima aduan, iaitu 59 peratus daripada jumlah keseluruhan permintaan di media sosial.

“Jumlah tersebut menunjukkan Meta masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membanteras aktiviti jenayah siber.

“Hal ini memberi kesan kepada usaha pihak berkuasa untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Daripada jumlah itu, 120,127 laporan adalah berkaitan perjudian dalam talian, namun hanya 114,665 kandungan telah diturunkan. Manakala daripada 37,722 laporan berkaitan penipuan, sebanyak 36,918 telah dipadamkan, dengan lebih 800 kandungan masih tidak disentuh.

“Baki kandungan masih kekal berlegar di platform Facebook, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius,” katanya.

Beliau berkata lagi, data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia menunjukkan penipuan e-dagang sahaja telah menyebabkan kerugian melebihi RM248 juta bagi tempoh 2023 hingga Ogos 2025, melibatkan 18,128 kes di platform milik Meta seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

“Angka ini menunjukkan bahawa Meta masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha memerangi jenayah siber. Ia melemahkan keupayaan agensi penguat kuasa untuk melindungi rakyat,” tegas beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan sekali lagi menekankan keperluan Meta dan syarikat platform lain melaksanakan pengesahan identiti dan umur yang lebih ketat.

Langkah itu termasuk menyepadukan sistem dengan MyKad dan MyDigital ID bagi mengelak akses oleh pengguna bawah umur dan mengawal kandungan tidak sesuai.

“Ini kerana sistem sedia ada didapati masih gagal menyekat pengguna bawah umur, serta gagal melindungi mereka daripada kandungan tidak sesuai,” katanya.

Fahmi menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan digital negara, terutama yang melibatkan keselamatan awam dan kesejahteraan rakyat.

“Meta dan semua platform media sosial mesti bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan kandungan menyalahi undang-undang dipadamkan dengan segera,” katanya lagi.

Meta dalam mesyuarat itu dilaporkan memberi jaminan untuk memperbaiki respons mereka, namun Kementerian Komunikasi bersama agensi penguat kuasa akan terus mempertingkat pemantauan dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak bertambah baik.

Related Posts

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

PETALING JAYA – Pendirian DAP berhubung keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok