Memaknai proses pemilihan dalam UMNO

KUANTAN – Pemilihan parti – sama ada di peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat – bagi UMNO adalah platform mencari pemimpin yang bersuara tegas dan dihormati.

Disebabkan itu, amalan demokrasi dalam disiplin parti UMNO sentiasa disegarkan mengikut keperluan semasa.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, sesi pemilihan di setiap peringkat menuntut ahli akar umbi menilai setiap calon dengan cermat dan teliti.

“Kita mahu pimpinan dipilih itu kelak, dapat membawa suara dan aspirasi rakyat dan juga ahli akar umbi,” katanya.

Dia yang aktif dalam UMNO sejak berusia 20-an, menyifatkan perubahan yang sedang berlaku dalam parti itu adalah tindakan untuk memastikan UMNO terus relevan.

“Kita pernah berdepan detik sukar ketika UMNO diharamkan satu masa dulu, seterusnya parti perlu membina semula keyakinan rakyat terhadap UMNO.

“UMNO juga diuji apabila tidak menjadi kerajaan selepas PRU14 dan sekali lagi kita mengambil masa untuk pulihkan semangat ahli yang setia.

“Semua peristiwa ini tidak boleh dilupakan begitu saja oleh ahli dan pemimpin UMNO di setiap peringkat,” jelasnya.

Sebagai rekod, UMNO pernah diharamkan pada 1988 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Razak yang menawarkan diri untuk menjadi wakil G7 daripada UMNO Jerantut pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 – November ini – berharap semangat perjuangan ahli UMNO tidak luntur walaupun sentiasa diuji sepanjang 68 tahun usia parti itu.

“Kekuatan UMNO masih ada, rakyat masih yakin dengan kemampuan parti kita dalam menjaga negara ini.

“Kita ada deretan sejarah dan kejayaan diraih ketika UMNO menjadi kerajaan dan kita juga belajar memperbaiki kelemahan yang ada.

“Semua ini penting dalam menjaga survival UMNO, survival BN dan menstabilkan Kerajaan Perpaduan yang begitu mengambil berat dengan suara rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi. Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan setakat ini, susulan penarikan sokongan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) terhadap Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital